Bersyukurlah seadanya

Assalamualaikum and hello to all readers.

Hidung kemek nak di mancungkan,mata sepet nak besarkan,muka bulat nak tiruskan,perut buncit nak kempis,tukar jantina haissh!! Macam-macam orang sekarang ni sanggup buat apa saja demi nak nampak cantik..Gara-gara nak penampilan cantik sanggup ubah sana sini.Ada yang nak cantik muka cucuk botox sana sini ini, kalau kat negara kita popular.Kalau kat negara luar,sedut lemak lah,buat pembedahan plastik.Destinasi paling popular nak buat pembedahan plastik ni kat Korea memeng teror lah doktor kat sana.Tengok saja gambar kat bawah :
          

       
   Memanglah nampak cantik tapi dalam agama kita hukum mengubah ciptaan Allah adalah HARAM!!  Selain pembedahan banyak lagi perbuatan yang mengubah ciptaan Allah seperti mencukur kening,rebonding rambut,tatu dan sebagainya.Semua itu adalah haram.Seperti dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda:  “Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, serta wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan, mereka telah mengubah ciptaan Allah.”  [HR Bukhari].
       
     Disebalik kecantikan selepas pembedahan,ada juga yang gagal.Lihatlah wajah asal mereka lagi cantik.
p/s : Biar muka tak cantik asalkan hati cantik.Bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah SWT.
Assalamualaikum.

                                              

Newer Post Older Post

Leave a Reply