Kucing
Assalamualaikum and hello to readers.
Kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan mamalia yang jinak dan mudah mesra dengan manusia.Terdapat banyak spesis baka kucing di dunia contohnya kucing siam,kucing parsi,birman,bombay dan banyak lagi.
Aku memang suka pelihara kucing,setakat ini aku ada enam ekor kucing peliharaan di rumah.Seronok sebenarnya memelihara kucing ini,jika aku bersendirian di rumah kucing lah jadi penemanku..masa aku sedih atau stress aku luahkan perasaan pada kucing haha.. agak lucukan,bukannya apa jika kita pendam begitu saja perasaan sedih kita tu, sudah tentu akan buat kita tambah stress.Kata orang perasaan sedih akan berkurangan jika kita meluahkan pada seseorang,tapi bagi aku kucing jadi pilihan haha..
Nabi sendiri sangat sayangkan haiwan ini,baginda pun ada memelihara kucing.Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis.Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (rumah binatang),[Hadis Riwayat At-Tarmizi,An-Nasa'i,Abu Dawud,dan ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan,dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu,baginda bersabda,"Ya Anas,tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana."Lalu,Anas menuangkanair.Ketika sudah selesai,Nabi menuju ke bejana.Namun,seekor kucing datang dan menjilati bejana.Melihat itu,Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut,baginda menjawab,"Ya Anas,kucing itu termasuk perhiasan rumah tangga,ia tidak dikotori sesuatu,bahkan tidak ada najis."
Bila ke pekan,aku selalu nampak kucing berkeliaran tidak bertuan mencari makanan sisa-sisa dari restoran.Rasa simpati sangat melihat kucing-kucing itu,nak bawa pulang tapi aku sedar aku tak mampu,mana nak beli makanan kucing,susu dan sediakan tempat tinggal.Cukuplah aku jaga kucing aku di rumah.
Kadang-kadang rasa geram pada manusia-manusia yang tak berhati perut suka menganiyai haiwan comel ni,macam berita yang baru-baru kat negara ni..sungguh tak berhati perut.Kata orang setiap yang bersalah pasti akan menerima hukuman.
Tak patut buat kucing macam ni.Kejam!!
Syukur ada insan yang berhati mulia macam ini ^_^
Chaak!!Comel kan..^^
Till then,Assalamualaikum.
P/S : Sayangilah kucing.