Fenomena ribuan ikan tamban naik ke darat apakah tanda?

Assalamualaikum.

ikan tamban lahad datu Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai
Sana sini heboh pasal ribuan ikan tamban naik ke darat di kampung Tambiisan Lahad Datu.. Macam-macam tanggapan dan andaian yang dibuat. Ada yang kata ada tanda bencana alam akan berlaku seperti tsunami.. Dikaitkan lagi dengan kajadian pelbagai bencana alam 26 haribulan. Sebelum ini bencana tsunami di Aceh pun berlaku pada 26 haribulan. Pelbagai tanggapan yang dibuat ini telah menjadikan ramai yang takut untuk ke laut.. Kelmarin aku tengok berita tak ada pun info gerakan bawah bumi yang dikesan. Minta jangan lah suka hati siarkan andaian yang macam ni kalau tak ada fakta dan info yang sahih.



Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai. berita fenomena ribuan ikan melompat ke darat di Pulau Tambisan Lahad Datu
Menurut penduduk setempat kejadian ikan naik ke darat merupakan kejadian ini telah berlaku beberaa kali dalam bulan ini kerana musim ikan tamban yang banyak. Kat tempat lain yang berhampiran laut juga mengalami musim ikan banyak tapi tak sampai naik ke darat hanya dekat pantai sahaja. Apapun sama-samalah berdoa agar tak ada benda buruk berlaku. Wallahualam..

Newer Post Older Post

Leave a Reply