Fiffy Natasha bertunang
Assalamualaikum and hello to all reader.
Pelakon dan penyanyi remaja popular iaitu Fiffy Natasha telah melangsungkan pertunangan dengan Jejaka pilihannya iaitu seorang juruterbang MAS Muslim Azman pada 21 Disember lalu. Majlis pertunangan telah diadakan di kediaman Fiffy di Subang Selangor.
Ujar Fiffy, dia mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang.
"InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan.
"Kami mula berkenalan apabila dia mula menyapa saya di laman Twitter. Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin," ujar Fiffy yang turut menjemput Media Hiburan untuk ke majlisnya itu. (Sumber MH)
Tahniah buat Fiffy dan pasangan..